Regim Bashar dan Rusia menyambung semula serangan ke atas Idlib, selepas gencatan senjata yang diumumnya Jumaat lepas berakhir pada Isnin. FOTO SYRIA CARE
IDLIB, SYRIA – Belum sempat menarik nafas lega, keadaan orang awam yang terperangkap di Idlib kembali sengsara seperti sediakala selepas gencatan senjata yang diumum pada 1 Ogos lepas hanya mampu bertahan setakat empat hari.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan regim Bashar al Assad mengumumkan ia berakhir pada Isnin (5 Ogos 2019).
“Tentera akan menyambung semula operasi ketenteraan
mereka menentang pengganas,” petik laporan agensi berita rasmi Syria SANA.
Ia tidak mengejutkan kerana sepanjang tempoh dikuatkuasa,
kedua-dua pihak saling tuduh-menduduh antara satu sama lain wujudnya
pencabulan.
Proses gencatan sukar dilaksana kerana tidak semua
kumpulan penentang yang berada di kawasan berkenaan bersetuju untuk akur.
Bahkan sepanjang tempoh empat hari ia dikuatkuasa, beberapa siri serangan
dilaporkan berlaku.
“Mereka (tentera Syria menuduh apa yang mereka panggil
kumpulan pengganas di Idlib menyerang kawasan orang awam.
“Sejak malam Jumaat, tentera Syria telah membayangkan tidak
menjadikan kawasan awam sebagai sasaran serangan, jadi sekarang ia mengumumkan
untuk tidak lagi mematuhi gencatan senjatan serta menyalahkan penentang kerana
ingkar untuk mematuhi persetujuan di Sochi,” kata wartawan Al Jazeera, Zeina
Khodr.
Ulas Zeina lagi, regim menjadikan orang awam sebagai
sasaran di kawasan itu sebagai salah satu tekanan kepada kumpulan penentang
untuk menyerah kalah.
Sejak lebih tiga bulan lepas, aktiviti harian di
kebanyakan tempat di Idlib, hampir lumpuh sepenuhnya selepas diserang tanpa
henti oleh tentera regim dan konco-konconya dalam usaha menguasai sepenuhnya
satu-satu kawasan yang sebahagian besar masih berada di bawah kuasa dan
pengaruh kumpulan anti Bashar.
Susulan perkembangan itu,
Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu meminta pemimpin dunia memberi
perhatian dengan apa yang berlaku.
Idlib yang bersempadan dengan Turki, kini menempatkan
lebih tiga juta pelarian dalam negara (IDP) Syria yang memilih untuk berlindung
di situ selepas sebahagian besar kawasan yang sebelum ini dikuasai kumpulan
anti kerajaan jatuh ke tangan tentera regim.
Sejak 26 April lalu, regim Bashar yang disokong Rusia
melakukan hampir 50,000 serangan udara yang mengorban nyawa lebih 750 orang
awam dalam usahanya menawannya.
Sepanjang tempoh berkenaan, mereka telah diserang tanpa
henti termasuk di bulan Ramadan dan di Hari Raya Aidilfitri.
Kini menjelang sambutan satu lagi hari kebesaran umat Islam, tiada petanda mangsa yang terkepung di situ akan menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan “tenteram”. –Razali Awang, Syria Media Care
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked