SHAH ALAM: Ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak-anak ke pusat rawatan atau hospital jika mereka mengalami demam, selesema dan batuk berpanjangan.
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, ini kerana simptom berkenaan dikhuatiri antara tanda awal berkemungkinan jangkitan virus influenza yang mana jika tidak dirawat segera boleh membawa komplikasi serius hingga meragut nyawa.
Mengulas ancaman virus berkenaan, Dr Suhazeli berkata, ibu bapa jangan berlengah untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan jika syak dijangkiti influenza memandangkan penyakit tersebut boleh merebak menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair daripada hidung.
“Kanak-kanak agak sensitif dengan perubahan suhu dan risiko gejala yang lebih teruk berbanding dewasa. Ibu-bapa jangan ingkar sekiranya doktor mengarahkan anak (pesakit) masuk hospital untuk rawatan lanjut. Jika doktor menasihati agar anak-anak berehat di rumah pula, rehatlah secukupnya. Jangan pula bawa anak-anak ke pasar raya untuk membeli belah atau berada di tempat awam selepas diberikan cuti rehat.
“Mereka perlu diberi secukupnya dan jangan biarkan anak anda kekurangan air (dehidrasi).
“Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya yang dibekalkan oleh doktor. Jika mampu, asing anak anda dari ahli keluarga yang lain buat seketika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hadkan pergaulan anak-anak sehingga keadaan demam, batuk, selsema sembuh dan hadkan jumlah pelawat yang datang melawat ketika anak-anak masih dalam tempoh pemulihan.
“Ini kerana, jangkitan boleh berlaku di kedua-dua belah pihak, sama ada pelawat atau anak yang dijangkiti.
SUMBER FOTO KKM
“Bukan saya tidak benarkan ziarah keluarga, tetapi mendekati anak yang sedang dalam proses pemulihan itu perlu dihadkan. Perlu dihadkan pertemuan dengan orang ramai,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, ibu bapa juga disarankan untuk memberi perlindungan vaksin kepada anak-anak yang lain atau kumpulan berisiko yang berada di dalam rumah mereka.
“Selain itu, amalkan tata-etika ketika batuk atau bersin. Jaga kebersihan persekitaran rumah,” katanya.
Dr Suhazeli berkata, di samping itu ketika mendapat rawatan di rumah ibu bapa atau penjaga juga perlu memerhatikan perubahan yang berlaku kepada anak-anak dan segera membawa mereka mendapatkan rawatan sekiranya terdapat simptom menunjukkan keadaan kesihatan mereka semakin merosot.
“Antaranya, bernafas kencang atau masalah pernafasan, kulit bertukar biru, anak tidak aktif, mereka kelihatan tidak bermaya serta tidak berselera langsung untuk makan dan minum.
“Lihat juga sama ada mereka dapat berinteraksi dengan baik atau sebaliknya, percakapan mereka terganggu atau tidak atau bertindak agresif daripada kehidupan normal mereka,” katanya.
Sementara bagi bayi pula, katanya, sekiranya bayi tidak kencing atau kurang kencing, sentiasa merengek dan tidak keluar air mata apabila menangis, ibu bapa juga perlu segera bawa ke klinik.
Sementara itu, menurut sumber Kementerian Kesihatan, terdapat tiga jenis virus influenza iaitu A,B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia.
Virus influenza A adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia selain boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya.
Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza.
Virus influenza tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan. — SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked