INSIDEN TAMPAR: WARGA EMAS DILEPAS TANPA DIBEBASKAN, KES DIRUJUK SEMULA KE AGC
Terdahulu, Abdul Razak mengaku bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Elijah Ling Zhao Zhong, 22, di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini pada 3.45 petang, Ahad lepas.
Warga emas Abdul Razak Ismail, yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan.
Bagaimanapun Abdul Razak Ismail, 65, selaku orang kena saman (OKS) akan dituduh semula di mahkamah pada tarikh lain.
Majistret A.Shaarmini membuat perintah DNAA itu selepas pihak pendakwaan mendapat arahan terbaharu untuk mengklasifikasikan kes Abdul Razak sebagai DNAA dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.
“Pihak pendakwaan telah mendapat arahan untuk kes ini diklasifikasikan sebagai DNAA pada masa ini, untuk merujuk kertas siasatan ini ke Ibu Pejabat AGC bahagian pendakwaan di Putrajaya. Jadi kes ke atas kamu adalah DNAA,” kata Shaarmini.
Terdahulu, Abdul Razak mengaku bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Elijah Ling Zhao Zhong, 22, di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini pada 3.45 petang, Ahad lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu memaklumkan dia telah ditampar oleh OKS dan hasil pemeriksaan kesihatan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian pipi kanan pengadu.
Setelah fakta kes selesai dibacakan, Abdul Razak bagaimanapun tidak mengakui fakta tersebut.
OKS: Tak betul tu.
Majistret: Jadi kamu tidak akui fakta kes itu, oleh itu saya tolak pengakuan bersalah dan kamu perlu melantik peguam untuk membela diri.
OKS: Jika begitu, saya mengaku bersalah sahaja, saya pun ada isteri untuk tanggung.
Majistret: Encik Razak, mahkamah tidak boleh menerima pengakuan salah yang bersyarat seperti “saya tak akui fakta kes betul-betul, tapi saya nak mengaku salah sebab saya ada tanggungan”. Itu adalah pengakuan salah bersyarat, Mahkamah tak boleh terima pengakuan salah sebegitu. Saya akan letakkan satu tarikh sebutan memandangkan kamu tidak mengakui fakta kes, untuk kamu melantik peguam.
Sebelum tarikh sebutan ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam memaklumkan pihaknya menerima arahan terbaharu agar OKS dilepas tanpa dibebaskan dan supaya kes tersebut dirujuk ke ibu pejabat AGC.
Semasa ditanya majistret adakah OKS akan dituduh semula pada masa akan datang, Nur Fatihah menjawab “Ya benar”.
Isnin lepas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu berhubung kejadian itu pada 9.08 malam, Ahad.
Balveer Singh dipetik berkata dalam insiden pada 3.45 petang hari sama, pengadu yang ketika itu sedang makan mendakwa dia ditampar dua kali pada pipi sebelah kanan oleh lelaki tidak dikenali selepas ditanyakan tentang agamanya, selain diminta menunjukkan MyKad sebagai bukti.
Insiden itu juga tular dalam media sosial menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.