Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IRAN MULA SERANG PANGKALAN TENTERA AS GUNA PELURU BERPANDU

DUNIA

IRAN MULA SERANG PANGKALAN TENTERA AS GUNA PELURU BERPANDU

IRAN: Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi tadi.

Antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.

Serangan tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Namun, tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.

“Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu,” menurut kenyataan Hoffman.

Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan itu dan kini memerhati rapat situasi terkini sambil mendapat nasihat pasukan keselamatannya. — AGENSI/SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading