Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TAMATKAN KERJASAMA DENGAN UNRWA – DUTA

DUNIA

ISRAEL TAMATKAN KERJASAMA DENGAN UNRWA – DUTA

“Berikutan undang-undang mengenai UNRWA, kami secara rasmi memaklumkan kepada presiden Perhimpunan Agung mengenai penamatan kerjasama dengan organisasi itu,” kata diplomat berkenaan dalam satu kenyataan.

Sumber Gambar: AFP

MOSCOW: Israel menamatkan kerjasamanya dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), umum duta Israel ke PBB Danny Danon, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Berikutan undang-undang mengenai UNRWA, kami secara rasmi memaklumkan kepada presiden Perhimpunan Agung mengenai penamatan kerjasama dengan organisasi itu,” kata diplomat berkenaan dalam satu kenyataan.

Seminggu lalu, parlimen Israel meluluskan dua rang undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada berhubung dengan agensi PBB itu, yang merupakan penyedia utama bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Ketua UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu secara efektif menjejaskan usaha agensi berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading