Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TANGKAP AHLI KELUARGA TAHANAN PALESTIN LARI PENJARA

DUNIA

ISRAEL TANGKAP AHLI KELUARGA TAHANAN PALESTIN LARI PENJARA

Sumber Gambar: AFP

BAITULMAQDIS: Tentera rejim Zionis Israel menahan enam saudara kepada tahanan rakyat Palestin yang berjaya meloloskan diri dari penjara Gilboa, Israel.

Sebelum ini, media melaporkan enam penduduk Palestin berjaya melarikan diri dari penjara berkenaan melalui lubang yang digali di bawah sinki.

Lapor AFP, Israel mengerahkan usaha memburu kesemua tahanan tersebut secara besar-besaran dengan pemantauan dron, pos keselamatan di jalan raya dan misi ketenteraan di Jenin, Tebing Barat yang menjadi kampung halaman sebahagian besar tahanan tersebut.

Kelab Tahanan Palestin berkata, Israel telah menahan dua saudara lelaki kepada tahanan Mahmoud Ardah, yang mengetuai misi melarikan diri daripada penjara tersebut.

Turut ditangkap empat saudara yang lain yang merupakan rakan keluarga Dr Nidal Ardah, bersama-sama dua saudara lelaki kepada banduan kedua, dan bapa kepada Munadel Infeiat iaitu seorang lagi tahanan.

Jurucakap kelab tersebut, Amani Sarahneh melaporkan bahawa terdapat beberapa individu lain yang mungkin ditangkap termasuk individu yang ditahan bagi tempoh singkat.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan beberapa tangkapan dilakukan semalam, namun tidak mengulas lanjut.

Dalam masa yang sama, Israel turut mengeluarkan arahan untuk menghentikan laporan perincian siasatan yang dilaporkan oleh media tempatan tentang kejadian yang memalukan tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading