Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU KESESAKAN PPV PERLU DITANGANI SEGERA – TPM

DALAM NEGARA

ISU KESESAKAN PPV PERLU DITANGANI SEGERA – TPM

KUALA LUMPUR: Situasi yang berlaku di dua PPV itu perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuatkuasa kerana keadaan tersebut boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau terkejut selepas melihat keadaan yang bersesak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Seasons dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya harap pihak penguat kuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh menyebabkan penularan wabak.

“Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kejadian ini dapat ditangani segera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Hari ini, tular video di sosial media memaparkan kesesakan orang ramai di PPV Hotel Grand Seasons untuk menerima vaksinasi tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Sementara itu, tular juga beberapa keping gambar menunjukkan orang ramai yang terpaksa berbaris panjang di luar PPV Bukit Jalil.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading