ISU TUKAR DAGING: JAKIM KE SINGAPURA BAGI MENDAPATKAN PENJELASAN

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menghantar wakil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke Singapura bagi mendapatkan pandangan berkenaan daging ayam yang dihasilkan menggunakan bioreaktor yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya perlu mendapatkan penjelasan daripada pejabat mufti di republik itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menurut beliau, berikutan perkara itu masih baharu, pihaknya akan meneliti dan berbincang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa sama ada ayam berkenaan boleh dimakan oleh umat Islam di negara ini atau sebaliknya.

Selepas mendapat penjelasan daripada mufti Singapura, pihaknya akan berbincang secara menyeluruh dan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sama ada ia tidak mengubah faktor asal ayam yang dihasilkan itu.

“Sebelum ini, syarikat ‘Eat Just’ dari Amerika Syarikat dilaporkan menghasilkan daging ayam dalam makmal yang dicipta daripada sel haiwan.

“Daging ayam yang dihasilkan dalam bioreaktor itu mendapat kelulusan agensi makanan Singapura selepas melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat,” kata Dr. Zulkifli.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas daging dipercayai tidak halal di sebuah bilik stor di Senai, Johor.

Dr Zulkfili berkata pihaknya tidak boleh memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu sehingga mendapat maklumat yang lebih lanjut.–AlHijrah Online

Leave a Reply