Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAIS MINTA PEMILIK AKAUN FACEBOOK PAKEJ TAUBAT RM20 TARIK BALIK IKLAN

DALAM NEGARA

JAIS MINTA PEMILIK AKAUN FACEBOOK PAKEJ TAUBAT RM20 TARIK BALIK IKLAN

Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya itu.

SHAH ALAM:  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pemilik akaun Facebook yang memuat naik poster pakej taubat dengan bayaran RM20 supaya menarik balik poster berkenaan, kata Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya itu.

“JAIS telah menyiasat perkara ini dan mendapati pemilik akaun Facebook itu telah memuat naik poster tersebut pada 26 Jun 2021. Pemilik akaun Facebook itu telah dihubungi oleh JAIS dan mengakui kesilapan serta telah diminta untuk menarik balik poster kempen wakaf al-Quran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata ini kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang mengelirukan dan memberi gambaran bahawa mana-mana orang Islam yang hendak bertaubat boleh membayar RM20 kepada mana-mana orang atau pihak, sedangkan perkara ini bercanggah dengan cara bertaubat yang dianjurkan oleh syarak.

“Taubat adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT memohon keampunan akibat perbuatan dosa yang dilakukan. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun tidak memerlukan orang tengah atau perantara atau nilai wang tertentu bagi taubat diterima,” katanya. 

Justeru, beliau berkata JAIS juga mengingatkan kepada umat Islam, khususnya di Selangor agar berhati-hati memberi ungkapan-ungkapan dan penataan bahasa mengenai prinsip-prinsip agama. 

“Sebarang kesilapan atau kekhilafan akan menyebabkan timbul kekeliruan tentang prinsip, menjadikan keadaan yang cemas, membuka ruang fitnah kepada agama dan umat Islam,” katanya. 

Beliau berkata di Selangor, perbuatan atau dakwaan seumpama itu adalah satu kesalahan yang boleh disiasat mengikut Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad sebelum ini meminta Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk menyiasat kemunculan laman sosial yang memaparkan pakej taubat dengan bayaran RM20. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading