MASJID KARIAH KAMPUNG PAYA KEMBALIKAN NOSTALGIA AKTIVITI ‘PANJUT PELITA’
Masjid Kariah Kampung Paya menampilkan kelainan tersendiri dengan menghiasi lapangan masjid berkenaan dengan 500 pelita, bagi menyambut kedatangan Syawal yang berbaki kira-kira seminggu lagi.
PORT DICKSON: Masjid Kariah Kampung Paya menampilkan kelainan tersendiri dengan menghiasi lapangan masjid berkenaan dengan 500 pelita, bagi menyambut kedatangan Syawal yang berbaki kira-kira seminggu lagi.
Usaha murni tiga ahli kariah iaitu Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, Wan Rosli Wan Yaacob dan Abu Bakar Nordin di kampung tersebut, bertujuan mahu menarik lebih ramai golongan muda lebih rajin ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah serta melakukan aktiviti keagamaan di masjid.
Muhammad Syafiq, 43, berkata Program Cahaya anjuran masjid berkenaan diharapkan dapat menghidupkan semula suasana zaman kanak-kanak dahulu, dalam menyambut Ramadan dan Syawal.
“Lebih meriah lagi aktiviti pemasangan serta menyalakan sumbu pelita setinggi enam meter berkeluasan sembilan meter itu, dilakukan bersama-sama penduduk kampung tanpa mengira usia dapat mengeratkan silaturahim.
Sumber Gambar: BERNAMA
“Kerja pemasangan pelita ini dilakukan 10 orang, iaitu melibatkan ahli kariah masjid dan orang kampung di sini. Idea ini dibincangkan sejak dua tahun lalu dan apabila kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke endemik, jadi kami jayakan program ini,” katanya kepada Bernama.
Muhammad Syafiq berkata kerja pemasangan pelita dilakukan sejak empat hari lepas dan Masjid Kariah Kampung Paya, adalah yang pertama di negeri ini mengambil inisiatif itu, menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna buat mereka.
Katanya inisiatif itu juga mendapat persetujuan pihak pengurusan masjid, yang turut menyumbangkan bahan pemasangan pelita selain mendapat sumbangan secara individu.
Sumber Gambar: BERNAMA
Jelasnya usaha itu adalah salah satu cara mendekatkan diri dengan masyarakat setempat di setiap peringkat usia di kampung tersebut, sekali gus menarik minat masyarakat melakukan aktiviti lebih berilmiah di masjid.
Beliau yang tinggal di kampung itu sejak empat tahun lalu berkata sejak kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke endemik, masjid berkenaan aktif dengan aktiviti kegamaan seperti tadarus, ceramah dan sebagainya, yang turut dihadiri oleh pelbagai peringkat umur di kampung tersebut.
Muhammad Syafiq berkata menjadi tanggungjawab sebagai muslim memastikan masjid itu dijaga serta dihadiri orang ramai untuk menunaikan solat serta mendalami ilmu agama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked