Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM UMUM PELANTIKAN JAWATAN TERTINGGI BAHARU

DALAM NEGARA

JAKIM UMUM PELANTIKAN JAWATAN TERTINGGI BAHARU

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan beberapa pelantikan baharu bagi jawatan tertinggi JAKIM yang berkuat kuasa hari ini, 14 Jun 2021.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperaku penempatan pegawai-pegawai kanan bagi beberapa posisi penting dalam JAKIM.

Antara pelantikan baharu yang telah diumumkan adalah, Datuk Sirajuddin Suhaimee dilantik Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM; Datuk Selamat Paigo dilantik Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR); Ruslan Said dilantik Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM; dan Dr Muhammad Yamin Ismail dilantik Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut bersama dalam majlis penyerahan tugas yang diadakan secara maya pada pagi tadi.

Beberapa kekosongan lain seperti Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM dan Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dilapor sedang diurus untuk diisi dengan segera.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading