Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU SAJAT, TIPU KAD PENGENALAN

DALAM NEGARA

POLIS BURU SAJAT, TIPU KAD PENGENALAN

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Dalam kenyataan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, Nur Sajat perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Alamat terakhir Nur Sajat dikesan adalah di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Sajat, boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

Sebelum ini, Nur Sajat diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atasnya selepas gagal menghadiri sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN – SAJAT SEMBUNYI DI THAILAND

Terdapat dakwaan mengatakan Nur Sajat sedang bersembunyi di Thailand selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading