Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU SERAH DIRI SELEPAS HAMPIR MELANGGAR ANGGOTA POLIS DI SJR

DALAM NEGARA

PEMANDU SERAH DIRI SELEPAS HAMPIR MELANGGAR ANGGOTA POLIS DI SJR

SEPANG: Seorang lelaki menyerah diri selepas tindakannya memecut laju hingga hampir melanggar anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dari arah Puchong-Cyberjaya menghala Dengkil, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 21 tahun itu menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor pada jam 8 malam selepas abangnya hadir membuat laporan pada 6.30 petang.

“Takut dimarahi abangnya kerana memandu kenderaan dengan lesen tamat tempoh dia punca tidak berhenti semasa pemeriksaan. Lesen memandu lelaki berkenaan tamat pada 9 Jan lepas,” memetik laporan BERNAMA.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif.

“Pemandu tersebut akan dikenakan saman atas kesalahan memandu kenderaan dengan lesen tamat tempoh,” katanya.

Semalam, tular sebuah video memaparkan tindakan pemandu Toyota Lexus tidak memberhentikan kenderaannya semasa diarah untuk berhenti di SJR.

Wan Kamarul berkata, kertas siasatan kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading