KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, baginda bertitah selepas mengadakan lawatan mengejut di sekitar kawasan Tasik Chini, semalam.
Menurutnya, baginda turut meneliti laporan yang dipersembahkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Roasdy Wan Ismail berhubung aktiviti perlombongan di kawasan tersebut serta tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang dijalankan kerajaan negeri.
“Baginda bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang tidak lagi mengeluarkan sebarang kelulusan baharu sejak 2019 serta menitahkan kerajaan negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam bidang kuasa masing-masing dapat mengambil beberapa langkah.
“Tasik Chini merupakan permata alam sekitar di bumi negeri Pahang Darul Makmur dan merupakan Tanah Rizab Bisfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama di negara ini. Justeru pengiktirafan bertaraf dunia itu hendaklah dipertahankan,” katanya.
Baginda turut mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha yang dijalankan kerajaan negeri bagi memastikan alam sekitar di negeri ini terjaga.
Dalam masa yang sama, baginda menyeru semua pihak sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus tadbir yang baik supaya khazanah alam terus kekal dan dinikmati generasi akan datang.
“Oleh itu, kawasan bekas lombong dipulihkan semua dengan penanaman pokok hutan yang bersesuaian selain meluaskan lagi kawasan Hutan Simpan Chini yang sedia ada seluas 4,600 hektar kepada kira-kira 6,000 hingga 7,000 hektar bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini dan sekitarnya.
“Tasik Chini yang diberi status tapak rizab biosfera UNESCO dapat diberi keutamaan dari sudut peruntukan kewangan dan pembangunan yang lestari oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Alam Sekitar dan Air,” katanya.
Baginda berharap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan Tasik Chini yang sedang dilaksanakan akan dipergiatkan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“Baginda bertitah adalah menjadi peranan semua pihak tanpa mengira latar belakang sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), termasuk penduduk setempat untuk sama-sama menjaga kawasan Tasik Chini agar keindahan flora dan fauna serta penempatan masyarakat Orang Asli yang terdapat di kawasan tersebut akan terus terpelihara,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.