JAPAS DIAKTIFKAN BAGI BENDUNG ANCAMAN AKIDAH DAN AJARAN SESAT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengaktifkan kembali Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, JAPAS akan berperanan untuk memastikan segala tindakan dan gerak kerja bagi menangani isu ancaman akidah dan ajaran sesat dapat berjalan dengan teratur dan berstrategi.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, serta dianggotai oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan, samada diperingkat negeri mahupun persekutuan,” katanya dalam satu ciapan di laman Twitter rasminya.

Katanya, jawatankuasa ini akan bermesyuarat secara berkala untuk merangka tindakan bersepadu bagi menangani isu-isu ancaman akidah secara efektif dan komprehensif. — AlHijrah Online

Leave a Reply