JEMAAH LANGGAR SOP, MASJID DITUTUP SEMINGGU

SEREMBAN: Masjid Negeri, Negeri Sembilan ditutup selama seminggu bermula Jumaat 14 Mei hingga 21 Mei, susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh jemaah yang hadir.

Menurut kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), terdapat jemaah yang tidak memakai pelitup muka, tidak membawa sejadah semasa hadir ke masjid.

“Ada jemaah yang berdegil apabila disuruh pulang kerana bilangan jemaah sudah melebihi 50 orang.

“Para jemaah diingatkan untuk sama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan oleh JHEAINS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi kemaslahatan ummah,” katanya.

Masjid berkenaan akan dibuka semula pada 21 Mei 2021 pada waktu solat fardhu Asar.—AlHijrah Online

Leave a Reply