Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEREBU: MALAYSIA TUNGGU MAKLUM BALAS INDONESIA – NIK NAZMI

DALAM NEGARA

JEREBU: MALAYSIA TUNGGU MAKLUM BALAS INDONESIA – NIK NAZMI

Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

KUALA LUMPUR: Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia setakat ini belum menerima respons selepas menghantar surat kepada negara tersebut, dan berharap mendapat maklum balas secepat mungkin.

“Belum lagi (terima maklum balas), kita dah hantar surat tersebut secara langsung, juga kita hantar kepada kedutaan…dan kita akan menunggu respons daripada mereka,” katanya pada sidang media sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2023 (IGEM 2023). 

IGEM 2023 yang berlangsung dari 4 hingga 6 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dirasmikan Timbalan Perdana Datuk Seri Fadillah Yusof, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Semalam, Nik Nazmi dilapor berkata surat berkenaan telah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan Perdana Menteri supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata mengikut bacaan terkini daripada Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpusat di Singapura, terdapat sembilan titik panas dikesan di Sarawak manakala di Indonesia iaitu Sumatera (16 titik panas) dan Kalimantan (193 titik panas).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading