PM DITERIMA MENGHADAP PRESIDEN UAE, BINCANG HUBUNGAN DUA HALA
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala serta meneroka peluang untuk menjalin kerjasama selanjutnya yang boleh mempercepat agenda pembangunan lestasi Malaysia dan UAE.
ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula pada Khamis, telah diterima menghadap Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di istana presiden di sini.
Anwar, yang tiba di Qasr Al Shati pada 11 pagi, turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Pemerintah Abu Dhabi itu.
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala serta meneroka peluang untuk menjalin kerjasama selanjutnya yang boleh mempercepat agenda pembangunan lestasi Malaysia dan UAE.
Mereka turut mengkaji kerjasama sedia ada serta membincangkan cara untuk membina hubungan ini terutama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh diperbaharui serta keterjaminan makanan yang memenuhi visi kedua-dua negara ke arah masa depan yang mampan dan makmur.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan mempromosi kerjasama ke arah mewujudkan perkongsian ekonomi yang komprehensif di antara Malaysia dan UAE dalam masa terdekat selain perkembangan terkini di peringkat serantau dan antarabangsa serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai topik yang mempunyai kepentingan bersama.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.
Terdahulu, Anwar yang tiba di sini pada 5 pagi (9 pagi waktu Malaysia) turut mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pelaburan UAE Mohamed Hassan Al Suwaidi.
Perdana Menteri juga mengadakan sesi tidak rasmi dengan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Lulu Group International M. A. Yusuff Ali, Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mubadala Khaldoon Al Mubarak.
Anwar turut menghadiri persidangan meja bulat bersama kapten-kapten industri di UAE.
Program hari kedua pada Jumaat menyaksikan Perdana Menteri akan melawat Bandaraya Masdar yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia sekali gus menggariskan komitmen Malaysia ke arah pembangunan yang lestari dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.
Perdana Menteri juga akan melawat Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed bin Zayed (MBZUAI) sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Sheikh Zayed.
Lawatan itu diakhiri dengan ‘Sesi Bersama Rakyat Malaysia’ dan beliau akan bertemu rakyat Malaysia yang menetap di UAE. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager