Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYOR HUKUMAN LEBIH BERAT TERHADAP PIHAK MANIPULASI BEKALAN BERAS TEMPATAN

DALAM NEGARA

SYOR HUKUMAN LEBIH BERAT TERHADAP PIHAK MANIPULASI BEKALAN BERAS TEMPATAN

Kerajaan disaran menilai semula hukuman yang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak atau kartel yang ‘mengkhianati’ subsidi diberikan kepada rakyat dengan memanipulasi bekalan beras dalam negara.

ALOR GAJAH: Kerajaan disaran menilai semula hukuman yang perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak atau kartel yang ‘mengkhianati’ subsidi diberikan kepada rakyat dengan memanipulasi bekalan beras dalam negara.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata hukuman lebih berat seperti sebatan atau penjara sewajarnya dikenakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab supaya ia dapat memberi pengajaran kepada pihak lain.

“Jika kita lihat hukuman paling tinggi yang ada pada hari ini ialah sekadar kompaun dan ia masih mampu dibayar mereka walaupun denda dikenakan mencecah RM100,000 jika melakukan kesalahan tersebut.

“Tindakan ini bukanlah semata-mata untuk menghukum, namun lebih kepada memberi peringatan kepada mereka agar jangan ada yang berani mengambil kesempatan dengan mengkhianati subsidi sedangkan rakyat tertekan dan sukar mendapatkan bekalan beras,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas program Pelepasan Benih Ikan dan Udang Galah di perairan Sungai Melaka, Kampung Gangsa di Durian Tunggal, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong.

Dalam pada itu, Dr Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata Melaka telah mendapat tambahan sebanyak 300 tan metrik beras tempatan dan baki 200 tan metrik akan diterima selewat-lewatnya pada minggu depan.

Beliau berkata pada minggu ini juga bekalan beras tempatan akan dijual di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) selain pasar raya dan kedai runcit di negeri bagi memudahkan rakyat mendapatkan bekalan.

“Tiada pembelian panik berlaku di Melaka kerana kalau kita lihat bekalan beras tempatan pun sukar didapati, cuma saya minta rakyat Melaka tidak membeli beras dalam kuantiti banyak dan saya rasa 10 kilogram itu cukup untuk menampung dalam tempoh seminggu, selain memberi peluang kepada orang lain untuk membeli sama,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading