Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JOHOR LAKSANA SUNAT ISTISQA’ DAN KHUTBAH KHAS

DALAM NEGARA

JOHOR LAKSANA SUNAT ISTISQA’ DAN KHUTBAH KHAS

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan menyelaras pelaksanaan solat sunat istisqa’ dan khutbah khas di setiap daerah bagi mendoakan kemarau yang melanda negeri ini segera berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.

Beliau berkata pada hari ini solat sunat berkenaan telah dilaksanakan oleh pentadbiran daerah Kluang dengan kerjasama JAIJ di Empangan Sembrong di sini.

“Berdasarkan kiraan Indeks Laporan Pemantauan Kemarau (SPI) terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Laporan Pemantauan Kemarau Mac 2024 merekodkan bahawa SPI di Stesen Meteorologi Kluang berada pada skala kering dan sangat kering,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi miliknya hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading