WANITA SIMBAH AIR PANAS TERHADAP LELAKI SINDROM DOWN DIPENJARA 10 TAHUN, DENDA RM6,000
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau hari ini kerana menyimbah seorang lelaki Sindrom Down dengan air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri seperti yang tular di media sosial, minggu lepas.
BALIK PULAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyimbah seorang lelaki Sindrom Down dengan air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri seperti yang tular di media sosial, minggu lepas.
Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Oo Saw Kee, 39, selepas dia mengaku bersalah mencederakan A.Solairaj, 33, di I-Park Apartment di Bayan Lepas pada 19 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda serta sebatan.
Mahkamah turut memerintahkan jurujual itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan akan dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Ahzal Fariz berkata mahkamah mendapati ia merupakan kesalahan yang serius, tidak berperikemanusiaan dan kejam terhadap seseorang yang istimewa yang tidak melakukan sebarang provokasi terhadap Oo ketika kejadian.
Hakim berkata mahkamah berkongsi sentimen masyarakat dan hukuman terhadap tertuduh juga sebagai peringatan kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu terhadap Orang Kurang Upaya (OKU), sebaliknya mewujudkan persekitaran harmoni dalam kalangan rakyat majmuk di negara ini.
Berdasarkan pertuduhan, Oo dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa dengan menggunakan suatu alat panas yang boleh menyebabkan kelecuran iaitu sebuah botol air mengandungi air panas di Lif no 2, I-Park Apartment, Jalan Rajawali, Bayan Lepas pada 9.24 pagi, 19 April lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail memohon mahkamah memberikan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan dengan begitu kejam dan video insiden dalam lif yang tular itu turut mengundang kutukan masyarakat.
Mohd Nordin juga meminta hukuman berat kerana berdasarkan kesan pernyataan saksi iaitu adik kepada mangsa, Solairaj telah melecur pada bahagian belakang badan, bahu dan leher akibat terkena air panas dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dekat sini.
Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Edric Loo yang mewakili Oo merayu supaya jaminan minimum dikenakan atas alasan tertuduh seorang jurujual dengan gaji RM1,500 sebulan dan merupakan kesalahan pertamanya.
Pada Jumaat lepas, video insiden dalam lif berdurasi 20 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita menyimbah air panas terhadap seorang lelaki OKU dan siasatan polis mendapati perselisihan faham disyaki menjadi punca kejadian itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager