KAPAL HOSPITAL LIBYA MULA BELAYAR SERTAI FLOTILA BANTUAN KE GAZA
Kapal Libya, Omar al-Mukhtar pada Ahad mula belayar untuk menyertai konvoi Global Sumud Flotilla yang bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza selepas dilengkapi dengan unit rawatan rapi bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk kumpulan itu.
TRIPOLI/ISTANBUL: Kapal Libya, Omar al-Mukhtar pada Ahad mula belayar untuk menyertai konvoi Global Sumud Flotilla yang bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza selepas dilengkapi dengan unit rawatan rapi bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk kumpulan itu.
Jurucakap kapal berkenaan, Nabil al-Soukni, memberitahu Anadolu Ajansi (AA) bahawa pelayaran itu dilakukan selepas kapal berkenaan tidak dapat berlayar pada Rabu lepas disebabkan cuaca buruk.
“Kami kini bersedia sepenuhnya dengan semua peralatan dan kami menambah simpanan bekalan untuk beberapa bot kecil yang sebelum ini kekurangan bekalan kerana saiznya,” kata al-Soukni.
Beliau menambah bahawa pihaknya juga telah memperuntukkan ruang untuk para aktivis daripada beberapa bot yang dianggap tidak sesuai untuk sampai ke Gaza.
Jurucakap itu berkata Omar al-Mukhtar membawa khemah untuk rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, ubat-ubatan, susu formula bayi serta pelbagai bekalan untuk semua peringkat umur di wilayah itu.
“Sokongan awam dan moral yang kami terima daripada beberapa pihak di Libya adalah mesej kuat untuk menaikkan semangat kru kapal Omar al-Mukhtar,” katanya lagi.
Antara tokoh terkemuka di atas kapal itu ialah bekas Perdana Menteri Libya Omar al-Hassi, bersama aktivis antarabangsa, kata jurucakap itu.
Pegawai perubatan kapal Omar al-Mukhtar, Abdel Rahman Humaid, memberitahu Anadolu bahawa mereka membawa pasukan kesihatan pengiring dan menyediakan unit rawatan rapi bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada flotila antarabangsa itu.
“Kami melengkapkan kapal dengan peralatan dan ubat-ubatan, termasuk semua kelengkapan rawatan rapi yang diperlukan,” kata Humaid.
Baru-baru ini, puluhan kapal belayar dari pelabuhan Afrika Utara dan Eropah menuju ke Gaza sebagai sebahagian daripada konvoi Global Sumud Flotilla bagi memecahkan sekatan Israel.
Pada 16 Sept, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Memecahkan Sekatan Israel ke atas Gaza mengumumkan bahawa kapal-kapal flotila itu akan berkumpul berhampiran negara pulau Malta untuk belayar bersama merentasi Laut Mediterranean menuju ke perairan Gaza, tanpa menyatakan tarikh.
Ia merupakan usaha terbesar seumpamanya untuk sampai ke Gaza dengan 2.4 juta rakyat Palestin hidup di bawah sekatan Israel yang telah berlarutan selama 18 tahun.
Israel sebelum ini memintas kapal-kapal yang menuju ke Gaza, merampas kapal berkenaan dan mengusir mereka yang berada di atasnya.
Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini merumuskan bahawa Israel melakukan genosid di Gaza, yang telah meragut hampir 65,300 nyawa sejak Oktober 2023.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager