PULANGAN PENYASARAN SUBSIDI AKAN DINIKMATI RAKYAT – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pulangan hasil daripada pelaksanaan penyasaran subsidi akan disalurkan semula kepada rakyat dengan keutamaan diberikan kepada sektor pendidikan, kesihatan dan penambahbaikan prasarana asas.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pulangan hasil daripada pelaksanaan penyasaran subsidi akan disalurkan semula kepada rakyat dengan keutamaan diberikan kepada sektor pendidikan, kesihatan dan penambahbaikan prasarana asas.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah penyasaran subsidi diesel misalnya membolehkan kerajaan melaksanakan pemberian penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 kepada rakyat Malaysia.
“Kita mampu memberikan hasil balik kepada rakyat seperti penghargaan SARA… walaupun RM100, implikasi kewangan kepada negara itu RM2 bilion… ini dapat dilakukan kerana penyasaran subsidi minyak diesel dahulu.
“Sekarang penyasaran subsidi naik sedikit untuk bukan warganegara (tetapi) turun bagi rakyat, dan tentunya hasil pulangan itu akan kembali kepada rakyat seperti (mereka yang terkesan akibat) banjir yang menyebabkan banyak kerosakan termasuk di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, cerun, klinik dan sekolah yang terjejas teruk serta perlu dibangunkan semula.
“Ini merupakan beban baharu yang kita harus manfaatkan daripada dana ini untuk bantu rakyat terjejas dan tumpuan kita masih dalam bidang pendidikan, kesihatan dan prasarana asas,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Perdana Menteri juga berharap rakyat dapat menerima langkah berani kerajaan dalam melaksanakan penyasaran subsidi dengan hati yang terbuka demi kepentingan dan pembangunan negara.
“Jadi terimalah dengan baik… mudah-mudahan kita bersyukur kepada Allah SWT kerana negara aman, ekonomi masih bertahan, rakan-rakan penjawat awam (berperanan) dengan baik, dan kita mampu memberikan hasil balik kepada rakyat,” katanya.
Terdahulu, Anwar mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter kepada warganegara Malaysia, yang berkuat kuasa 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager