Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KARTEL TENDER TDM: BEKAS PTD DIREMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

KARTEL TENDER TDM: BEKAS PTD DIREMAN TUJUH HARI

Seorang bekas Panglima Tentera Darat (PTD) direman tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Seorang bekas Panglima Tentera Darat (PTD) direman tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Sementara itu, isteri kedua suspek yang turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam, direman enam hari bermula hari ini hingga Selasa ini manakala isteri pertamanya direman tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu.

Terdahulu kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Putrajaya dengan menaiki sebuah van dan kereta milik SPRM pada jam10 pagi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Ketiga-tiga individu, yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren ditahan pada 7 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Selasa lalu, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading