PASPORT DAN MYKAD BAHARU ENAM BULAN LAGI, CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKAT
Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.
PUTRAJAYA: Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengenalan dokumen baharu itu adalah satu pencapaian penting, khususnya ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia.
“Itu penting sebab dokumen pasport kita sekarang ini nombor tiga paling dipercayai diukur dari sudut pemegang pasport Malaysia tak memerlukan kelulusan visa untuk travel. Itu kayu ukur yang penting.
“Dengan status kebolehpercayaan pasport kita, jadi kita akan memiliki pasport berwajah baharu bagi rakyat Malaysia dalam enam bulan daripada sekarang,” katanya pada sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata ciri keselamatan baharu itu dibangunkan untuk meningkatkan integriti pasport dan MyKad sejajar dengan keperluan memperbaharui dokumen keselamatan negara selepas tempoh penggunaan tertentu.
“Ciri keselamatan yang spesifik ini kami pertingkatkan. Yang ada sekarang pun sudah teruji, sebab itu ranking pasport kita antara yang terbaik, sepuluh terbaik di dunia.
“… tetapi selepas satu tempoh, ada keperluan untuk negara mengeluarkan dokumen keselamatan baharu,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata proses pembaharuan itu melibatkan penyediaan spesifikasi pengguna oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, yang telah dibangunkan dan diperakui.
Beliau berkata kerajaan akan memaklumkan orang ramai lebih awal, kira-kira enam bulan sebelum pelaksanaan bagi mengelakkan rakyat berpusu-pusu atau berebut mendapatkan pasport atau MyKad baharu.
“Pakai sahaja dokumen sedia ada sehingga tamat tempoh sah. Bila sampai masa untuk penukaran barulah ditetapkan. Tarikh pelaksanaan, ciri-ciri serta pengumuman lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Saifuddin Nasution menegaskan penambahbaikan pasport dan MyKad bukan dibuat secara suka-suka, sebaliknya ciri keselamatan perlu dipertingkat bagi mengelakkan isu pemalsuan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked