Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KECACATAN BUKAN PENGHALANG, ADA HIKMAH DI SEBALIK UJIAN – MASHY

DALAM NEGARA

KECACATAN BUKAN PENGHALANG, ADA HIKMAH DI SEBALIK UJIAN – MASHY

Kecacatan bukan penghalang buat Masitah Mohd Afandy, 32 tahun, yang buta kedua belah matanya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada dua hari sebelum Ramadan lalu.

KUALA LUMPUR: Kecacatan bukan penghalang buat Masitah Mohd Afandy, 32 tahun, yang buta kedua belah matanya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada dua hari sebelum Ramadan lalu.

Malah, Masitah atau panggilan mesra, Mashy, menganggap kecacatan yang dialami itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Mashy telah diduga hilang penglihatan selepas disahkan bahagian kanan kepalanya retak dan pecah di bahagian kanan muka, selepas kereta dinaikinya merempuh lori 15 tan di Kilometer 193.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Ayer Keroh, pada 21 Mac lalu.

Selain hilang penglihatan, kaki Mashy juga patah yang perlu mengambil masa enam bulan untuk pulih.

Namun, kecacatan itu tidak menghalang usahawan muda ini untuk terus mengendalikan perniagaannya malah dia terus memperbaiki diri dengan mempelajari dan meneroka perkara baru.

Mashy turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi orang yang positif termasuk suaminya, kerana kecacatan yang dialaminya menjadikan hubungan pasangan itu menjadi lebih erat dan bahagia.—AlHijrah Online

Laporan penuh dalam Berita AlHijrah 27 Mei 2023.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading