KELUARGA MUHAMMAD HAWARI BERHARAP OPERASI SAR AKAN DISAMBUNG
Walaupun hari ini diumumkan sebagai hari terakhir operasi SAR berkenaan, ibunya, Che Tom Hassan, 64, tetap berharap kerajaan akan meneruskan usaha untuk mengesan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, yang hilang sejak 19 Mei lepas.
KEPALA BATAS: Ahli keluarga Muhammad Hawari Hashim berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang dilaporkan hilang itu, akan disambung.
Walaupun hari ini diumumkan sebagai hari terakhir operasi SAR berkenaan, ibunya, Che Tom Hassan, 64, tetap berharap kerajaan akan meneruskan usaha untuk mengesan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, yang hilang sejak 19 Mei lepas.
“Hawari seorang yang sangat ceria dan penyayang. Semua orang di kampung ini mudah bergaul dengan dia. Saya cuba menghubunginya sejak dia dilaporkan hilang. Setiap malam saya berdoa agar dia balik. Saya baca Yasin untuk dia, tetapi masih tak nampak sebarang tanda,” katanya kepada wartawan selepas lawatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan, di sini hari ini.
Menurutnya isteri Muhammad Hawari, Saffiyah Tang Xie Li, 34, dan anak mereka, Hana Sakeena, 4, dan Haris Sufyan, 1, amat terkesan dari segi emosi dan berharap dapat mendengar berita keberadaan Muhammad Hawari, 33.
Che Tom berkata anak perempuan Muhammad Hawari, Hana Sakeena, melukis gambar keluarganya di pergunungan untuk menunjukkan bahawa ayahnya telah sampai ke puncak.
“Setiap malam sebelum tidur, Hana akan bertanya ibunya mengenai kepulangan ayahnya. Dia memang menunggu-nunggu untuk menjemput ayahnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Anak-anak ini banyak bertanya mengenai ayah mereka yang hilang. Sebagai ahli keluarga, kami berharap SAR akan diteruskan,” katanya.
Sementara itu, Saffiyah Tang yang juga OKU pertuturan, menerusi bahasa isyarat yang diterjemahkan sepupu Muhammad Hawari, Muhd Danish Danial Muhd Hafizul, 17, berkata kali terakhir dia mengetahui keberadaan suaminya melalui maklumat terkini di media sosial.
“Kali terakhir saya lihat hantaran terkini dia di media sosial pada 15 Mei. Dia di Gunung Everest bersama bendera. Saya sangat berharap dapat mendengar khabar daripada suami saya dalam waktu terdekat ini, kami sangat merindui kehadirannya di sini,” katanya.
Pada 19 Mei, Muhammad Hawari, seorang daripada peserta misi ME2023, dilaporkan hilang di kawasan pergunungan ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak tertinggi di dunia itu.
Pada hari yang sama, seorang lagi peserta misi, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak Everest.
ME2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud dan disertai ketua ekspedisi yang juga bekas pendaki Everest Azim Afif Ishak, memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu pada 2 April.
Ekspedisi itu dijadual tamat pada 2 Jun, dan mendapat sokongan kerajaan serta Kementerian Belia dan Sukan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests