KELONGGARAN INDIVIDU DUA DOS VAKSIN DIPUTUSKAN MINGGU HADAPAN

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan dalam Mesyuarat Pemulihan Negara (MPN) pada minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurutnya, kelonggaran tersebut memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin.

“Kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’; perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katanya seperti dilapor BERNAMA.

Ujar Muhyiddin, kelonggaran yang akan dibincangkan dalam MPN mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.

Jelasnya, langkah yang diambil itu seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.–AlHijrah Online

Leave a Reply