KELONGGARAN SOP: RAKYAT PILIH KEKAL PAKAI PELITUP MUKA, IMBAS MYSEJAHTERA
Tinjauan wartawan di beberapa negeri mendapati kebanyakan masyarakat masih kekal mengamalkan SOP yang dilaksanakan sebelum ini dan merasa agak kekok untuk melakukan sebaliknya meskipun ia telah dibenarkan.
KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa hari ini, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak diwajibkan tetapi adalah atas pilihan individu dan pemakaiannya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.
Selain itu, bermula hari ini juga imbasan kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis tidak lagi diwajibkan.
Tinjauan Bernama di beberapa negeri mendapati kebanyakan masyarakat masih kekal mengamalkan SOP yang dilaksanakan sebelum ini dan merasa agak kekok untuk melakukan sebaliknya meskipun ia telah dibenarkan.
Di KUALA LUMPUR, tinjauan di taman KLCC mendapati kebanyakan pengunjung ke taman riadah itu masih mengenakan pelitup muka dan ini diakui seorang pengunjung, Edison Yap, 34, yang menyifatkan tindakan tidak memakai pelitup muka di tempat ramai dan terbuka sebagai janggal.
Beliau yang meluangkan masa di hujung minggu dan cuti umum bersempena dengan Hari Pekerja bersama isteri dan anak berkata dia sekeluarga memilih untuk memakai pelitup muka memandangkan telah menjadi kebiasaan.
Keadaan sama juga didapati ketika menjengah ke Suria KLCC dengan orang ramai masih mematuhi SOP diamalkan sejak negara mula dilanda pandemik COVID-19.
Di SELANGOR, tinjauan di Pasar Tani di Seksyen 13, Shah Alam mendapati kebanyakan pengunjung yang hadir masih memakai pelitup muka di kawasan terbuka malah ada turut mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera yang diletakkan berdekatan pintu masuk.
Pengunjung, Ahmad Fakharudin Abdul Halim, 26, berkata berikutan pemakaian pelitup muka yang sebelum ini diwajibkan menyebabkan dia terlupa bahawa ketetapan itu telah mula dilonggarkan hari ini.
“Pakai pelitup muka sekarang ini bukanlah satu bebanan sebab sudah dua tahun kita amalkan. Namun dengan adanya kelonggaran itu, sekurang-kurangnya rakyat boleh berasa lega sebab ia (memberi) gambaran keadaan negara semakin pulih,” katanya.
Keadaan sama turut disaksikan di JOHOR, dengan orang ramai masih kekal mengenakan pelitup muka dalam tinjauan di Terminal Bas Larkin Sentral.
Warga emas, Hasnah Ali, 74, dan Mohd Yusoff Abdullah, 75, yang ditemui berkata pemakaian pelitup muka adalah sangat penting berikutan faktor umur yang membolehkan mereka terdedah kepada penyakit berjangkit.
Di KELANTAN, tinjauan di bazar raya di Kota Bharu yang diadakan di kawasan terbuka mendapati rata-rata orang awam masih lagi memakai pelitup muka ketika membeli-belah.
Pengunjung, Mohd Zulhafiz Rosman, 31, berkata walaupun kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, namun demi pelindungan diri, dia akan terus memakainya.
Di MELAKA, tinjauan di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh keadaan sama dengan kepatuhan masyarakat terhadap SOP lama dan Di PULAU PINANG, tinjauan pula mendapati selain kebanyakan masyarakat mengekalkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, premis-premis peniagaan juga masih kekal mempamerkan kod imbas MySejahtera.
Pemilik kedai runcit Anwar Sadat, 42, berkata dia akan mengekalkan kod imbas MySejahtera buat sementara waktu sebagai langkah berhati-hati.
“Nak imbas kod MySejahtera itu adalah terpulang kepada pelanggan. Saya juga wajibkan pemakaian pelitup muka dalam kedai saya,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked