IPOH: Keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berhak mengambil tindakan sivil atau saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika itu difikirkan mereka perlu.
Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, kementerian atau Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menghalang atau masuk campur dalam urusan terbabit.
“Bagi dia itu hak dia, hak dia untuk membuat keputusan (saman) jika dia rasa perlu. Tetapi apa pun kita serahlah kepada undang-undang,” katanya.
Menurut Ismail, setakat ini bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid atau wakil keluarga terbabit tidak berjumpa dengan pihaknya untuk mendapatkan sebarang nasihat atau pandangan.
Namun katanya, beliau faham perasaan keluarga allahyarham yang mahukan keadilan dan pembelaan kematian mangsa.
“Sebagai bapa saya faham apa yang dirasai oleh bapa Allahyarham. Sesiapa sahaja pasti mahukan pembelaan dan keadilan atas apa yang berlaku.
“Namun kita ada undang-undang dan biarlah undang-undang yang menentukan keputusan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas lawata kerja rasmi di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Ipoh hari ini.
Ismail diminta mengulas tindakan keluarga Allayarham Muhammad Adib yang akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.
Bapa Muhammad Adib dilaporkan berkata, mereka sekeluarga kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikatakan bercanggah dengan Mahkamah Koroner.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked