KUALA LUMPUR: Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibenarkan pulang ke kampus masing-masing secara berperingkat, bermula 1 Mac 2022.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemasukan tersebut turut melibatkan pelajar daripada universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Katanya, KPT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.
Antara SOP yang ditetapkan adalah penetapan jumlah kemasukan pelajar sebanyak 70 hingga 100 peratus mengikut kapasiti IPT masing-masing dan hanya membenarkan pelajar serta staf lengkap vaksinasi untuk masuk ke kampus.
“Namun bagi pelajar dan staf IPT tidak divaksinasi lengkap, mereka perlu membuat ujian RT-PCR dan keputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.
“Selain itu, ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kaedah RTK-Ag perlu dilakukan seminggu sekali bagi mereka yang tidak divaksinasi lengkap, mengikut Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan oleh KKM.
“Bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, hanya lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia. Mereka juga wajib menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari atau sekiranya telah mendapat dos penggalak, tempoh kuarantin ialah selama lima hari,” katanya, hari ini.
Dalam masa yang sama, Hishammuddin memaklumkan IPT mesti mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar hadir secara fizikal dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ketat.
Pelaksanaan PdP secara hibrid atau secara dalam talian turut dibenarkan kepada IPT, katanya.
“Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi SOP dikeluarkan oleh KKM. Pelajar pulang ke kampus juga wajib terus mematuhi SOP umum seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri,” ujarnya.
Tambah beliau, kerajaan meminta semua pihak termasuk pentadbiran IPT, staf dan pelajar agar mematuhi SOP telah ditetapkan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.
Menurutnya, ibu bapa, penjaga mahupun pelajar yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh segera hubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-8870 6777/ 6949/ 6623/ 6628, layari laman web IPT atau terus hubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked