Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMATIAN JURURAWAT TIDAK BERKAITAN VAKSINASI COVID-19 – PENGARAH KESIHATAN PULAU PINANG

DALAM NEGARA

KEMATIAN JURURAWAT TIDAK BERKAITAN VAKSINASI COVID-19 – PENGARAH KESIHATAN PULAU PINANG

KUALA LUMPUR: Kematian seorang jururawat di Hospital Pulau Pinang tidak berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib berkata, hasil bedah siasat menunjukkan sebab kematian adalah disebabkan serangan jantung dan tiada tanda-tanda anafilaksis atau reaksi allergi.

“Pegawai hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan iaitu pada tangan kiri selepas suntikan namun telah dapat bekerja seperti biasa mengikut shif kerja di hospital.

“Namun begitu, beliau yang sememangnya mempunyai komorbiditi penyakit darah tinggi kronik telah mengadu kepada suami bahawa beliau tidak selesa bernafas pada 16 Mac 2021 tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan atau melaporkannya kepada pasukan Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya dalam kenyataan media berkenaan kematian seorang jururawat Hospital Pulau Pinang selepas lima hari menerima vaksin COVID-19.

Jelas Dr Asmayani, pada tengah malam 17 Mac 2021, suami jururawat itu mendapati arwah tidak sedar diri dan telah menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dengan kadar segera sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Katanya jururawat berusia 45 tahun itu telah menjalani suntikan vaksin COVID-19 pada 12 Mac 2021 dan tidak dikesan mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas vaksinasi di PPV menunjukkan pegawai stabil.

Dr Asmayani berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menyeru orang ramai supaya tidak menularkan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin COVID-19. — AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading