Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘MUSA’ADAH TIJARIYYAH’ BANTUAN SEHINGGA RM30,000 UNTUK USAHAWAN ASNAF

DALAM NEGARA

‘MUSA’ADAH TIJARIYYAH’ BANTUAN SEHINGGA RM30,000 UNTUK USAHAWAN ASNAF

Sumber Gambar: Facebook MAIWP

KUALA LUMPUR: Musa’adah Tijariyyah inisiatif terbaharu diperkenalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi membantu usahawan-usahawan asnaf di Malaysia.

Menurut Zulkifli, Musa’adah Tijariyyah akan memperuntukkan RM5,000 sebagai modal permulaan perniagaan kepada usahawan asnaf dan bantuan tambahan sehingga RM30,000 akan diberikan bergantung kepada prestasi perniagaan pemohon selama enam bulan.

“Kita akan beri bimbingan, jaminan kepada mereka serta pantau perniagaan mereka.

“Selepas ini mereka akan dinilai menerusi laporan perniagaan mereka dalam tempoh enam bulan,” katanya dalam rancangan Dengar di TV AlHijrah, malam tadi.

Mengulas lanjut, bantuan Musa’adah Tijariyyah katanya akan disalurkan ke semua negeri melalui agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hal Ehwal Agama.

“Kita mempunyai banyak agensi yang bersama dengan kita (JPM Hal Ehwal Agama) yang mampu berkolaborasi antara satu sama lain, ini dapat memudahkan perniagaan dan kebolehpasaran usahawan.

“Kita tidak akan lepas tangan dan akan ambil satu tindakan terbaik (buat mereka),” katanya.

Dr Zulkifli juga menyeru kepada semua umat Islam untuk bersama-sama menyumbang kepada baitulmal selain daripada membayar zakat di negeri masing-masing bagi memperkasakan golongan miskin dan asnaf.

Sumber Gambar: MAIWP

Responden Dengar episod malam tadi, Nurul Hazwani Zulkepli, menjadi usahawan asnaf pertama yang menerima bantuan Musa’adah Tijariyyah yang disampaikan sendiri oleh Zulkifli.

Sumber Gambar: MAIWP

Dengar yang bersiaran secara langsung setiap hari Khamis, jam 9 malam merupakan cetusan idea Zulkifli untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Program yang dihoskan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim dan Hazeman Huzir itu akan membawa responden bersiaran langsung di studio untuk berkongsi permasalahan selain membawa agensi yang berkaitan untuk menghulurkan bantuan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading