KEPULAN AWAN BERBENTUK KALIMAH ALLAH DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Tular di media sosial hari ini gambar kepulan awan yang membentuk kalimah Allah.

Menurut laporan media, kalimah Allah di langit itu dilihat orang awam di Kuala Terengganu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 pagi selama lebih kurang tiga minit sebelum kepulan awan itu dibawa angin dan tidak lagi berbentuk kalimah Allah.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Nor Firdaus, 34, antara individu yang berkesempatan melihat kejadian berkenaan.

“Berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk melihat kalimah di langit dan saya terus berdoa.

“Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah melalui kalimah itu menyebabkan tangan menadah ke langit dan berdoa,” kata Mohd Nor seperti dilapor Harian Metro.

Menurut Mohd Nor, kejadian itu dilihat ketika dia sedang melakukan rondaan di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, di Kuala Terengganu. — AlHijrah Online

KREDIT: HARIAN METRO

ARTIKEL ASAL: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/698145/rasa-bertuah-lihat-kalimah-allah-di-langit?fbclid=IwAR2Wlm0IIIADilE-jxBWnymXxRej6b7zd8Ct85Ny-QuevjQSlUtQzvmAuJc

Leave a Reply