Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN NAFI AKAN LAKSANAKAN PKP SEMULA

DALAM NEGARA

KERAJAAN NAFI AKAN LAKSANAKAN PKP SEMULA

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula susulan peningkatan kes positif harian COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kes harian tinggi ketika ini namun ia masih terkawal dan kebanyakkannya melibatkan kes di dalam tahanan.

“Kita tidak akan melaksanakan PKP kerana kalau kita tengok semalam walaupun 287 kes, 113 kes di Sabah yang melibatkan di antaranya 35 kes Kluster Benteng yang berada di dalam penjara. Saya sudah sebutkan, 129 kes di Kedah, 128 daripadanya berada dalam penjara.

“Kalau tengok seluruh negara di negeri-negeri hanya Selangor mencatatkan 31 kes namun belum sampai tahap merah iaitu 40. Negeri lain (kebanyakannya) satu hingga 3 kes sahaja,” kata Ismail Sabri dalam sidang media hari ini.

Jelasnya jika kes melonjak tinggi di sesuatu kawasan, kerajaan hanya akan melaksanakan perintah kawalan di kawasan terlibat dan tidak menutup seluruh negeri atau negara. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading