COVID-19: 317 KES BAHARU, PALING TINGGI DICATATKAN

PUTRAJAYA: Sejumlah 317 kes baharu, menjadikan kes positif harian COVID-19 hari ini paling tinggi pernah direkodkan, sejak pandemik itu mula menular dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, kebanyakannya adalah kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

“Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes dalam kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.

“Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah”, katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat tiga kluster baharu di Kedah, Kluster Bah Lunas dan Bah Rose, manakala di Selangor, Kluster Jelok.

Satu kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 137 kes, manakala 29 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

121 kes pulih turut dimaklumkan Dr. Noor Hisham hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pulih sebanyak 10,216 kes.—AlHijrah Online

Leave a Reply