KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memandang serius sebarang isu melibatkan umat Islam di negara ini, termasuk insiden kontroversi membabitkan ahli perniagaan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di kota suci Makkah.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataan Isnin lalu berkata, laporan portal berita Malaysia Gazette bertarikh 10 Februari 2020 bertajuk “Kes Sajat hanya isu kecil, kata Mujahid” tidak menggambarkan maksud sebenar yang ingin disampaikan menteri berkenaan.
“Pejabat ini ingin menegaskan, tajuk dan laporan berita berkenaan tidak menggambarkan maksud yang ingin disampaikan oleh YB Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
“Sebagai makluman pada 9 Februari 2020 semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran JAKIM dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Quill City Mall, Kuala Lumpur, YB Menteri telah pun mengulas tentang isu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. (merujuk laporan BH bertajuk JAKIM cari kaedah terbaik selesai isu)
“Pada pagi ini (10 Februari 2020), YB Menteri sekali lagi diajukan soalan sama selepas sesi sidang media bersama Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland di Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).
“Memandangkan pemberita bertanya tentang isu Muhammad Sajjad selepas sesi forum bersama Setiausaha Agung Komanwel, YB Menteri beranggapan agenda yang ingin dibawa di dalam forum berkenaan lebih besar berbanding isu diajukan ketika itu,” kata kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Kenyataan itu menegaskan jawapan “isu kecil” oleh YB Menteri tidak menggambarkan bahawa kerajaan memandang remeh tindakan yang dilakukan ahli perniagaan berkenaan di kota suci Makkah.
“YB Menteri dan kementerian ini sentiasa memandang serius terhadap sebarang isu yang melibatkan umat Islam di negara ini.
“Bagi isu melibatkan Muhammad Sajjad, sebarang tindakan yang hendak diambil perlu memenuhi tiga aspek iaitu ia perlu mengurangkan kerisauan orang ramai, kandungan yang dimuatnaik di media sosial perlu diteliti dan perlu memastikan dia menghormati landasan dan syariat Islam di negara ini.
“Sebarang tindakan yang akan diambil perlu memenuhi aspek ini supaya pengajaran dapat diberikan sewajarnya,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests