Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SELESAI RAKAM KETERANGAN PENERBIT, ENAM PELAKON ‘MENTEGA TERBANG’

DALAM NEGARA

POLIS SELESAI RAKAM KETERANGAN PENERBIT, ENAM PELAKON ‘MENTEGA TERBANG’

Polis telah selesai mengambil keterangan penerbit dan enam pelakon berhubung kes filem Mentega Terbang, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis telah selesai mengambil keterangan penerbit dan enam pelakon berhubung kes filem Mentega Terbang, semalam.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata kesemua mereka telah dirakam percakapan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, polis telah merakam percakapan pengarah dan seorang pelakon filem tersebut di Bukit Aman yang dikendalikan USJT JSJ di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Filem Mentega Terbang, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur-unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem ‘Mentega Terbang’ mempunyai pertentangan jelas dengan akidah serta cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading