KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Strategi Bersatu, Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff menyifatkan tindakan kerajaan Pakatan meletakkan keutamaan kepada isu kurang mendesak sebagai kegagalan pentadbiran kerajaan itu.
“Kita perlu mula dengar suara rakyat. Sekarang kita buat apa yang pernah BN buat. Kita sedang gagal,” katanya pada sesi panel bertajuk “By-elections predict outcome of GE-15” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, hari ini.
Dr. Rais berkata, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada isu mendesak seperti kos sara hidup, kualiti hidup, pembentukan pekerjaan dan pengangguran serta perumahan dan penjagaan kesihatan mampu milik terlebih dahulu sebelum membicarakan isu-isu yang boleh dikemudiankan.
Sebaliknya, kerajaan lebih teruja meletak keutamaan kepada isu kereta
terbang, kereta nasional dan Go-Jek sehingga menenggelamkan isu utama yang
sepatutnya lebih diutamakan.
Menurut Rais lagi, sekiranya kerajaan tidak bijak memilih isu, ia akan
membawa kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihanraya dan memberi kemenangan
mudah kepada Pakatan Umno-PAS sekiranya pilihanraya diadakan dalam waktu
mengejut sekarang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga pengarah dan pengasas
badan pemikir Emir Research itu mengingatkan rakan politiknya bahawa mempunyai
kuasa sahaja tidak mencukupi, kerana kebijaksanaan menangani isu yang penting
untuk rakyat memainkan peranan besar dalam meraih kepercayaan mereka.
Sebelum ini, seorang peguam, Ambiga Sreenevasan juga dalam ciapan Twitternya
pada 26 Ogos juga pernah menegur kerajaan Pakatan kerana tindakan sebilangan
pemimpinnya yang mengecewakan rakyat Malaysia terus-terusan.
Ambiga berkata PH perlu mengelak bertelingkah tentang kepentingan
sempit, sebaliknya berusaha keras untuk pembinaan negara.
Ambiga menulis yang rakyat perlukan negarawan bukannya ahli politik,
kerana negarawan memikirkan tentang generasi masa depan tetapi politikus “hanya
memikirkan tentang pilihan raya akan datang.”
“Saya faham perasaan rakyat. Setiap kali anda harapkan pemimpin
berperangai senonoh, ada yang sangat mengecewakan. Seolah-olah kita tak
penting. Yang penting hanyalah terus berkuasa.
“Kami ingat mereka (PH) berbeza,” tulis Ambiga.
Seminar separuh hari bertajuk “Post-GE14 By-Elections: Applications For GE15” anjuran Electoral Studies Research Unit (ESRU) itu mengundang YB Khairy Jamaluddin, Datuk Wira Dr. Rais Hussin dan Danesh Prakash Chacko sebagai panel, serta Dr. Tunku Mohar sebagai moderator.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked