Connect with us

ALHIJRAH NEWS

Pembunuh pegawai JPJ dijatuhi hukuman gantung mandatori

DALAM NEGARA

Pembunuh pegawai JPJ dijatuhi hukuman gantung mandatori

Mohd Hafiz dijatuhi hukuman gantung sampai mati, hari ini setelah didapati bersalah membunuh bakal abang iparnya, tiga tahun lalu.

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang kayu dijatuhi hukuman gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed kepada tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 32 tahun, kerana pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes di akhir pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, suspek didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 34 tahun, dengan menikam mangsa menggunakan pisau sebanyak enam kali.

Perbuatan terhadap mangsa yang juga bakal abang ipar tertuduh itu dilakukan di tempat letak kereta Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu pada 16 Oktober 2016.

Mohd Hafiz yang berniat mengahwini adik mangsa bernama Azlina, 27 tahun, telah bertindak sedemikian selepas berang apabila keluarga kekasihnya membongkar rahsia bahawa dia merupakan suami orang.

Sebelum kejadian, mangsa yang bertugas di Pejabat JPJ Cawangan Pengkalan Kubor bersama Azlina dan ahli keluarganya telah ke Pejabat Agama Islam Kuala Terengganu bagi memeriksa status perkahwinan Mohd Hafiz.

Tertuduh dilihat menitiskan air mata selepas hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dijatuhkan terhadapnya.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading