PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia untuk meminta majikan menyediakan tag atau pengenalan diri, bagi menunjukkan seseorang pekerja warga asing telah menjalani ujian swab COVID-19.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tag berkenaan bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti pekerja asing, yang telah menjalani ujian swab COVID-19.
“Setakat hari ini sesiapa sahaja yang menjalani ujian swab COVID-19, pihak hospital atau klinik akan keluarkan surat, yang mengatakan mereka negatif atau positif.
“Kalau positif terus masuk hospital. Yang negatif akan menerima surat mengatakan bahawa mereka tidak dijangkiti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, surat yang dikeluarkan selepas seseorang didapati negatif COVID-19, boleh ditunjukkan kepada pihak berkuasa di sekatan jalan raya atau sebarang pemeriksaan.
“Tapi untuk identiti diri setakat ini belum ada,” katanya lagi.
Sementara itu Ismail Sabri memaklumkan beberapa kluster baharu yang berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bukan disebabkan ketidakpatuhan majikan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
“Sebagai contoh yang berlaku di tapak pembinaan di Setia Alam, bukan kerana mereka tak patuh SOP, sebenarnya mereka patuh pada SOP apabila mereka bawa pekerja pembinaan mereka untuk ujian swab, sebelum dibenar bekerja dan bila diuji, memang di dapati ada positif dan sebagainya, bukan berlaku dalam waktu mereka bekerja.
“Jadi tuan punya tapak syarikat pembinaan itu sebenarnya mematuhi SOP untuk periksa pekerja dia, jadi tidak ada isu yang gagal mematuhi, dan kes kluster kilang ayam di Pedas pula bukan baru di buka masa PKPB, kerana sejak PKP fasa pertama pun dah buka, sebab berkaitan makanan,” katanya.
Justeru bagi memutuskan penularan jangkitan COVID-19, kerajaan mengambil pendekatan baharu dengan hanya menutup lokaliti yang mempunyai kes positif COVID-19, dan bukan keseluruhan kawasan.
“Kalau dulu kita tutup keseluruhan Setia Alam, semua perumahan ditutup, tapi sekarang ni kita ambil pendekatan yang berbeza, kita tutup kawasan berkaitan dan kita rawat mereka yang terlibat di kawasan itu, kita fokus kepada mereka yang dijangkiti dan kawasan yang dijangkiti,” katanya. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests