Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA PALESTIN

DALAM NEGARA

MALAYSIA SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA PALESTIN

KUALA LUMPUR: Malaysia semalam menghantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas AirAsia. 

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sumbangan itu dilakukan susulan perbincangan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

“Peralatan ini termasuklah sejuta unit penutup hidung dan mulut, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

“Moga sumbangan daripada Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perangi #COVID19. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Sejumlah 20 rakyat Malaysia di Jordan dan 345 di Goa, India termasuk pelajar di USM Belgaum (Bangalore) dan MSU-IMS akan dibawa pulang menggunakan pesawat sama yang menghantar peralatan perubatan kepada Palestin.

Pesawat itu akan mengambil rakyat Malaysia di Jordan kemudian ke Goa sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading