KERAJAAN TELITI SOLAT JUMAAT DUA SESI

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan solat Jumaat secara dua sesi akan diteliti kerajaan bagi membolehkan lebih ramai individu dapat menunaikan ibadah tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara tersebut akan diteliti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Setakat ini kita dah bagi 1/3 kapasiti masjid, saya percaya menteri hal ehwal agama akan meneliti perkara ini.

“Boleh atau tidak dua sesi dilaksanakan iaitu 1/3 untuk sesi pertama dan 1/3 untuk sesi kedua saya percaya perkara ini akan diteliti oleh menteri hal ehwal agama. Kalau ada keputusan kita akan umumkan,” kata Ismail Sabri dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini Singapura mengumumkan solat Jumaat di negara berkenaan akan diadakan secara dua sesi.

Media tempatan Singapura melaporkan, solat Jumaat akan diselangkan 30 minit antara dua sesi tersebut bagi memastikan jemaah dapat diuruskan dengan selamat. – AlHijrah Online / Zaim Zamani

Leave a Reply