Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN USAHA BANTU GOLONGAN TIDAK BERKEMAMPUAN LAKSANAKAN PDPR

DALAM NEGARA

KERAJAAN USAHA BANTU GOLONGAN TIDAK BERKEMAMPUAN LAKSANAKAN PDPR

SEREMBAN: Kerajaan berhasrat untuk menyalurkan bantuan bagi membantu pelajar, khususnya golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu akan diteliti secara berfasa, dengan melibatkan pelbagai kementerian, mengikut keperluan penyediaan peralatan seperti alat peranti dan perkhidmatan Internet.

“Saya yakin dan percaya hal ini bila kita bekerjasama dengan semua agensi, bukan terkait kepada agensi agama sahaja, sebab kita akan melihat dari sudut yang lebih luas lagi.

“Kita cuba santuni dengan sebaiknya mengikut kesesuaian dari segi tempat, semasa dan seumpamanya kerana ia membabitkan beberapa isu seperti Internet. Kemampuan di tempat-tempat tersebut juga diambil kira,” kata Zulkifli selepas mengadakan lawatan ke Projek Dewan Makan Masjid Kariah, Taman Bandar Senawang, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa beberapa tokoh pendidikan termasuk mantan Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mat Dom memberikan pandangan mengenai PDPR yang dilaksanakan.

Zulkifli percaya dengan kerjasama pelbagai pihak akan dapat memastikan bantuan tersebut sampai kepada kumpulan sasar. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading