Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA TERBABAS ELAK ANJING, NYARIS MASUK TASIK PUTRAJAYA

DALAM NEGARA

KERETA TERBABAS ELAK ANJING, NYARIS MASUK TASIK PUTRAJAYA

CYBERJAYA: Sebuah kereta yang dipandu seorang pelajar nyaris terbabas ke dalam Tasik Putrajaya di Jalan Persiaran Tasik Cyberjaya di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, pemuda berusia 21 tahun yang memandu kereta Toyota Vios berwarna putih dipercayai hilang kawalan dan merempuh pokok serta pagar di tasik, sebelum terhenti dengan sedikit bahagian hadapan kereta memasuki tasik, selepas cuba mengelak anjing yang melintas secara tiba-tiba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi hari ini berkata lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta dipandunya merupakan kereta sewa syarikat SOCAR Mobility Malaysia (SOCAR).

Beliau berkata pemandu kereta terbabit juga memiliki lesen memandu yang sah dan pemandu tersebut telah menghubungi pihak SOCAR untuk menguruskan kenderaan itu agar ditunda ke cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading