Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SURI RUMAH BUNUH ANAK SENDIRI DIDAKWA

DALAM NEGARA

SURI RUMAH BUNUH ANAK SENDIRI DIDAKWA

Semalam, media melaporkan seorang ibu mendera anak perempuannya sehingga mati kerana tidak tahan mendengar kanak-kanak tersebut menangis.

TELUK INTAN: Seorang surirumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia dua tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Thang Pui Ling, 33, mengangguk faham selepas  pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim K. Rajeswari.

Mengikut pertuduhan, Pui Ling didakwa membunuh anak kandungnya, Heng Jing Yi berusia dua tahun di Taman Seri Iskandar, Hutan Melintang, Bagan Datuk pada jam 2 pagi, 9 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan seorang ibu mendera anak perempuannya sehingga mati kerana tidak tahan mendengar kanak-kanak tersebut menangis.

Kejadian itu disedari selepas kanak-kanak terbabit dihantar ke sebuah hospital swasta di Teluk Intan oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan alasan mengalami sesak nafas.

Pemeriksaan  doktor  mendapati terdapat beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan termasuk luka di hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka di belakang telinga kiri dan belakang kepala.

Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading