Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

APLIKASI HIJRAH DIRI DIGANTUNG AKIBAT SERANGAN SIBER

DALAM NEGARA

APLIKASI HIJRAH DIRI DIGANTUNG AKIBAT SERANGAN SIBER

Bagaimanapun, aplikasi itu dilapor menerima serangan siber yang dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kewujudannya.

KUALA LUMPUR: Aplikasi Hijrah Diri yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah digantung akibat maklum balas negatif yang diterima terhadap platform berkenaan.

Aplikasi hasil inisiatif JAKIM bersama Yayasan Ihtimam Malaysia itu diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali kepada fitrah.

Bagaimanapun, aplikasi itu dilapor menerima serangan siber yang dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kewujudannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Rafiq Sharman Khamis, Pengasas Raxbit iaitu syarikat pembangun aplikasi Hijrah Diri.

Ujarnya, akibat ‘serangan’ itu, Hijrah Diri digantung oleh pihak Google Play Store kerana didakwa telah melanggar polisi.

“Insyaallah, kami akan lawan balik. Terima kasih atas sokongan yang berterusan dari rakan-rakan yang menyokong perjuangan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, penggantungan aplikasi tersebut menidakkan hak beragama golongan LGBT Muslim yang ingin menyelesaikan polemik diri masing-masing.

“Jika mereka bertaubat dan berubah, itu adalah hak mereka, hak beragama.

“Aplikasi itu juga satu bentuk dakwah yang memberi pilihan, tidak dipaksakan ke atas sesiapa,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Hijrah Diri yang baru dilancarkan pada 9 Mac lalu mengandungi wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi Muhammad SAW serta kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio.

Selain itu, ia turut mengandungi kisah penghijrahan individu yang meninggalkan perlakuan homoseksual. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading