Kes demam denggi di Selangor meningkat sebanyak 270 kes menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 920 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-20, bermula 15 hingga 21 Mei.
PUTRAJAYA: Kes demam denggi di Selangor meningkat sebanyak 270 kes menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 920 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-20, bermula 15 hingga 21 Mei.
Pada ME ke-19 iaitu bermula 8 hingga 14 Mei, kes demam denggi yang dicatatkan di negeri itu adalah sebanyak 650 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes demam denggi dilaporkan dalam negara sehingga kini adalah 16,145 kes, meningkat sebanyak 52.4 peratus bagi tempoh sama 2021 iaitu 10,597 kes.
“Sembilan kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan setakat ini berbanding lima kematian bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 121 kes, diikuti Sabah (119), Johor (82) dan Kedah (43), masing-masing pada ME ke-20.
Beliau berkata sebanyak 41 lokaliti titik panas turut dilaporkan pada ME ke-20 dengan 36 lokaliti di Selangor, tiga di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan masing-masing satu lokaliti di Melaka serta Sabah.
Katanya, dalam keadaan penularan jangkitan demam denggi yang tinggi ketika ini, setiap lapisan masyarakat perlu bertindak proaktif dengan memastikan persekitaran premis kediaman dan tempat kerja bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.
“Pihak berwajib dalam komuniti juga melakukan aktiviti cari dan musnah pembiakan nyamuk Aedes selain menggunakan kaedah pencegahan seperti pencegah dan semburan aerosol dalam premis untuk membunuh nyamuk dewasa,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests