Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES KORONAVIRUS CECAH 62 KES DI ARAB SAUDI

DUNIA

KES KORONAVIRUS CECAH 62 KES DI ARAB SAUDI

ISTANBUL: Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi mengumumkan 17 kes baharu koronavirus menjadikan keseluruhan 62 kes direkodkan di negara itu, demikian laporan Saudi News Agency.

Daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan warga asing, lapor agensi berita itu memetik Menteri Kesihatan Arab Saudi.

Seorang pesakit dibenarkan pulang selepas sembuh, kata kenyataan menteri berkenaan.

Semalam, Arab Saudi bertindak menggantung semua penerbangan ke negara Kesatuan Eropah (EU) selain ke Switzerland, India, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Sudan, Ethiopia, Sudan Selatan, Eritrea, Kenya, Djibouti dan Somalia.

Keputusan itu menurut laporan agensi berita Anadolu menjadikan keseluruhan 53 negara yang digantung penerbangan.

Mula merebak di Wuhan, China, Disember lalu, koronavirus yang secara rasmi dikenali sebagai COVID-19, merebak di 114 negara.

Angka kematian global kini melebihi 4,600 kes dengan lebih 125,000 kes jangkitan disahkan, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut mengisytiharkan ia sebagai pandemik global. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading