Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES LETUPAN: SUAMI ISTERI DITAHAN

DALAM NEGARA

KES LETUPAN: SUAMI ISTERI DITAHAN

Polis menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kejadian letupan sebuah bungkusan atas bonet kereta yang mengorbankan seorang pekerja kedai makan di Pandan Indah Ampang, di sini, pada Khamis lalu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kejadian letupan sebuah bungkusan atas bonet kereta yang mengorbankan seorang pekerja kedai makan di Pandan Indah Ampang, di sini, pada Khamis lalu.

Difahamkan kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di Kedah pada malam tadi.

Suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan lanjut polis.

Pada 29 Disember lalu, mangsa lelaki warganegara tempatan maut selepas memegang bungkusan berkenaan untuk dialihkan dari atas kereta jenis Toyota Corolla Altis sebelum meletup.

Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading